Assalammualaikum geng2 yg tersayangi semua.., huhu, nampaknya bulan Ramadhan penuh keberkatan telah tiba kembali kn? hhaha, great2.. Kawan2 tahu kh apa dia kebaikan dan keberkatan yang ada di dalam bulan Ramadhan ini yg tiada pada bulan2 yg lain? Mari bersama2 kita ketahui dgn membaca petikan di bawah ini.. haaaa,baca jgn x baca.. n_n :
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan
Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn
Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,
Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun
perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian
engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala
meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan
Baihaqi-
Haaa,baru lah tahu kini kan? hahaha,sebenarnya bnyak lg kelebihan dan kebaikan di dalam bulan Ramadhan ini tetapi cukuplh sekadar ini informasi yg saya kongsikan bersama kawan2 blogger dan pembaca semua. Ok, jam pun menunjukkan sdah sampai waktu solat Isya'.. Kepada yg beragama Islam tu, jgn lupa solat terawih setelah Isya' nanti. Dan kepada kawan2 yg beragama lain,hormati lah rakan2,jiran tetangga dan sesiapa sahaja yg berpuasa di dalam bulan puasa ini ya? ok,jumpa lg,, >.<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan