salam pmbca blog smua...
disini sy bg anda bbrp tips stdy tp xtau la klu sesuai atau tidak utk anda..
Study smart jgan study hard smpai bebankan diri sendiri.
bukan kuantiti yang penting tapi kualiti. klu mcm sms ko tu sy rasa memang
banyak masa ko peruntukkan untuk study kdng2 smpai pukul 2 pagi. sy tidak penah
buat macam tu. tidur yang cukup pun penting juga. fokus/tumpuan penting. kalau
kita fokus kita tidak akan perlukan masa yang lama untuk satu2 subjek.
klu time sekolah sy study petang 2 jam, malam 2 jam, subuh 1
jam saja, time holiday saya tambah pagi 2 jam. setiap subjek 1 jam saja. saya
tidak study subjek yang susah berturutan. kalau jam pertama saya study subjek
susah, jam kedua saya study subjek senang atau sebaliknya. ini akan membuatkan
otak kita seimbang atau relax tiada tekanan belajar.
jadi buat jadual pasangkan subjek yang susah dan senang. 1
jam waktu subuh pun sama juga. klu 1 jam subuh hari ni subjek yang susah, 1 jam
subuh esok subjek yang senang. bila suda buat jadual kena disiplinkan diri ikut
jadual. kalau ada homework atau kerja lain siapkan cepat2 sebelum study supaya
tidak ganggu tunpuan semasa study nanti. klu tidak siap kita akan
teringat-ingat kerja itu time study. kita sudah hilang tumpuan.
lepas habis subjek jam pertama, jangan terus sambung subjek
kedua. rehat2 dulu sekejap. cuba ingat2 balik apa yang kita study tadi.
tenang2kan fikiran dulu. minum2, jalan2, dengar lagu yang kita suka, senaman
sikit luruskan urat, cuci muka dan sebagainya lah. kemudian baru sambung subjek
kedua dengan segar.
latihan juga penting. saya suka buku rujukan yang ada
soalan2 setiap tajuk. lepas habis study satu tajuk/topik saya akan jawap
soalan2 pasal tajuk itu. kalau banyak masa soalan untuk tajuk sama dari buku
rujukan lain pun saya buat juga. bila sudah abis study satu subjek saya jawap
soalan exam tahun2 lepas untuk subjek itu pula. saya akan jawap ikut masa
sebenar exam. kalau subjek itu time dia satu jam saya akan siapkan dalam masa
itu juga. nanti kta akan terbiasa dan tidak kelam kabut masa exam sebenar
nanti. dulu saya beli set soalan2 tahun lepas untuk latihan. ada tu set 3 atau
5 tahun lepas punya soalan. time tu saya ada masa yang cukup sampai soalan2
ramalan pun saya beli dan sempat jawap abis semua sebelum exam betul2.
solat da doa pun penting. ilmu itu pemberian Allah swt.
rajin2 la solat doa mohon supaya dimudahkan study, ilmu yang dipelajari berkat
dan kekal dalam ingatan dan dimudahkan jawap soalan masa exam nanti. doakan
untuk kawan2 juga. bila kita doakan untuk satu orang lain maka 10 malaikat akan
doakan untuk kita. jangan kedekut ilmu. kalau ada kawan2 tanya kita terangkan.
itu juga bentuk ulangkaji untuk diri kita sendiri. kalau kita pun tidak faham
lebih baik kita fahamkan sama2 tanya orang lain atau cikgu.
Selalu doa lepas solat wajib. kalau rajin tambah solat2
sunat. dulu kalau bangun study waktu subuh saya bangun awal sikit solat sunat
dulu paling kurang 2 rakaat. selalunya solat hajat la. niat kena betul. solat
bukan kerana exam tapi kerana Allah semata2 tunaikan perintah yang wajib. kalau
niat kita solat kerana exam maka lepas exam nanti kita akan tinggalkan solat.
ini tidak betul malah berdosa lagi. study pun bukan niat untuk lulus exam
semata2 tapi juga sebagai ibadat tunaikan perintah Allah menuntut ilmu.
kesihatan pun kena jaga. tidur kena cukup. tidur untuk
kerehatan otak. kurang tidur otak akan penat, badan akan letih dan selalu
mengantuk. rajin2 bersenam untuk kesihatan fizikal. dulu petang2 saya main bola
atau badminton. tapi bukan main berabis sekadar untuk berpeluh sudah cukup.
main berabis badan penat malam cepat mengantuk.
itulah sikit2 tips saya dapat kongsikan. gud luck :)
maaf,masa yg tertulis tidak betul..
BalasPadam